Gempa bumi sederhana gegar Rantau Timor, Indonesia

A
A

KUALA LUMPUR - Gempa bumi sederhana berukuran 5.8 pada skala Richter melanda Rantau Timor, Indonesia pada jam 1.43 tengah hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia, dalam kenyataan, memaklumkan gempa itu dilaporkan berlaku di 132km barat laut dari Kupang, Indonesia.

Bagaimanapun, gempa itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. -Bernama