Cara terbaik buktikan rasa sayang pada Rasulullah SAW

Berdoalah kepada ALLAH SWT agar kita istiqamah melakukan amalan sunah yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW. -GAMBAR HIASAN.
Berdoalah kepada ALLAH SWT agar kita istiqamah melakukan amalan sunah yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW. -GAMBAR HIASAN.
A
A
A

NABI Muhammad SAW ialah nabi dan rasul terakhir yang diutuskan ALLAH SWT untuk membawa rahmat ke seluruh alam.

Apabila membaca dan meneliti sirah baginda SAW, sudah tentu kita berasa takjub dengan pengorbanan yang dilakukannya demi agama Islam.

Selain mensyukuri nikmat hidayah yang diberikan ALLAH, bagaimana cara terbaik untuk membuktikan perasaan cinta dan sayang kepada Rasulullah SAW?

ALLAH SWT berfirman: Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi ALLAH, maka ikutilah aku, nescaya ALLAH mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani." (Surah Ali 'Imran, ayat 31)

Berdasarkan ayat itu, jelas menunjukkan bahawa cara terbaik untuk mempamerkan cinta terhadap Rasulullah SAW yang sebenarnya adalah dengan mencontohi sunah dan petunjuk yang diajarkan oleh baginda.

Bukan apa, dengan cara itulah, kita mampu mendapat keredaan ALLAH SWT di dunia dan di akhirat.

Firman ALLAH SWT: "Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) ALLAH dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati ALLAH sebanyak-banyaknya (dalam masa susah dan senang)." (Surah al-Ahzab, ayat 21)

Marilah kita sama-sama mengamalkan sunah Rasulullah SAW.

Artikel Berkaitan:

Jika tidak mampu lakukan semua, cuba amalkan sunah yang mudah seperti membaca bismillah sebelum makan, berdoa ketika bangun tidur dan sebagainya.

(Sumber: Ustaz Mustafar Mohd Suki)