Ekin dan Mawi, 10 tahun bersama...

- Foto Instagram Ekin dan Mawi
- Foto Instagram Ekin dan Mawi
A
A
A

PELAKON Ekin atau nama sebenarnya Nora Asyikin Rahmat dan Mawi atau Asmawi Ani menyambut ulangtahun perkahwinan mereka ke-10.

Namun, Ekin mendedahkan dia pernah ditimpa dengan dugaan yang berat sebaik mengahwini juara Akademi Fantasia 3 (AF3), Mawi 10 tahun lalu.

Dia memberitahu telah difitnah serta dilabel sebagai seorang ‘kaki kikis’ serta ‘kaki bomoh’ oleh masyarakat ketika itu.

Namun Ekin bersyukur kerana rumah tangganya dapat bertahan dan bahagia hingga ke hari ini kerana suaminya, Mawi seorang yang penyabar dan penyayang.

“Alhamdulillah dah 10 tahun bersama, tak terasa, Masya-ALLAH, terima kasih @cahayaasmawi sebab banyak mengajar erti kesabaran dan kawal baran ha ha ha... Syukur walaupun banyak suka duka yang datag kita tetap 'chill' dan senyum sahaja.

“Sangat tersentuh melihat gambar ini... Masa ini macam-macam dugaan, halangan dan fitnah manusia lempar pada aku sehingga ada yang melabelkan aku kaki kikis lah, kaki bomoh lah ha ha ha... macam manalah orang-orang itu semua nak mintak maaf atas fitnah-fitnah...

- Foto Instagram Ekin dan Mawi
- Foto Instagram Ekin dan Mawi

“Bagaimanapun, selamat ulangtahun perkahwinan buat kesayangan saya @cahayaasmawi, semoga awak sentiasa ada dengan saya sampai keakhir nafas saya, Amin... Saya sayang awak,” tulisnya.

Artikel Berkaitan:

Menerusi entri yang sama dia turut memuat naik fotonya menangis di hari pernikahannya.

Perkongsian itu turut dibalas Mawi.

"Jangan lah nangis... Saya sayang awak... Selamat ulang tahun kita bersama awak ... 10 tahun awak... @ekinmawi," balas Mawi.

Rata-rata kagum melihat kekuatan Ekin dan mendoakan agar mereka kekal bahagia hingga ke akhirnya.

- Foto Instagram Ekin dan Mawi
- Foto Instagram Ekin dan Mawi

"Selamat ulang tahun perkahwinan Ekin dan Mawi.... Semoga kalian bahagia bersama keluarga hingga ke jannah... Semoga perkahwinan kalian berdua dibawah rahmat dan lindungan kasih ALLAH (S.W.T), Amin," tulis ct_hajar_ct.

"Semoga terus kekal bahagia hingga ke syurga ALLAH," tulis puan_camellia.

"Minat kakak @ekinmawi mula jadi model Ariani. Masa kahwin dulupun sampai minta nak solek macam Ekin Mawi ha ha," tulis makeupbyynadona.

"Selamat ulang tahun perkahwinan kakak Ekin dan Mawi... Mawi world, idola kami itu ... He he he ... Macam-macamkan mulut orang ini, suka fitnah ... Yang penting, ALLAH tahu niat kita... Soal jodoh pun kita tidak boleh pertikaikan ... Semuanya hak ALLAH... Apa-apa pun Kakak Ekin ... Semoga kekal higga ke jannah," tulis arm_aiyien.

"Saya seorang peminat untuk anda berdua.... Suka... Sanggup beli baju polo, tudung Ariani semata-mata nak sama macam Ekin dan Mawi. Haha... Adoi kalau teringat balik masa itu... Selamat ulang tahun perkahwinan. Semoga bahagia dunia dan akhirat," tulis bakedbyboo.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 20 Disember 2008 dan mereka dikurniakan seorang anak bernama Cahaya Malaika, 6 tahun.