Pembangunan berorientasikan transit

A
A

You City III tawar kemudahan dan keselesaan kepada penduduk setempat

OSK Property mengumumkan You City III di Cheras, Kuala Lumpur sebagai fasa terakhir pembangunan You City III yang merupakan pembangunan berorientasikan transit (TOD) dengan menampilkan jambatan langsung ke MRT Taman Suntex.

Dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM488 juta, You City III mempunyai 800 unit pangsapuri perkhidmatan dengan keluasan dari 678 kaki persegi sehingga 1,776 kaki persegi, berharga RM350,000.

Projek itu dijangka mengambil masa 48 bulan untuk disiapkan.

Menawarkan pengalaman hidup bandar yang sihat, pembangunan itu menggabungkan tiga tingkat You City Retail yang unik, pengalaman peruncitan bandar yang diuruskan oleh Atria, tempat beriadah, kedai dan restoran dalam satu tempat.

Ketua Pegawai Eksekutif OSK Property, Ong Ghee Bin berkata, kepentingan dalam projek TOD semakin meningkat dan OSK Property berkeyakinan bahawa You City III akan memainkan peranan penting dalam meningkatkan penyelesaian bandar bagi mobiliti dan kesesuaian yang disambungkan dalam kalangan penduduk yang merupakan cara untuk maju ke hadapan pada masa akan datang.

"TOD telah berjaya diterapkan di bandar-bandar utama di seluruh dunia dan pendekatan ini telah membantu banyak bandar mengurangkan karbon selain menjadi lebih produktif untuk didiami," katanya kepada Sinar Harian di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Beliau berkata, You City III direka bentuk untuk memperkayakan gaya hidup TOD dalam kalangan penduduk bandar terutamanya golongan muda, profesional dan keluarga yang bekerja dengan menyediakan pendekatan holistik kepada kehidupan moden di Cheras.

"Pembangunan ini merupakan projek penting yang bertujuan mempromosikan pertumbuhan bandar yang mapan di kawasan sekitar Cheras. Pembangunan ini akan mewujudkan masyarakat yang bersemangat dengan kemudahan gaya hidup moden serta jarak perjalanan yang pendek di Lembah Klang.

"Di samping itu, lokasinya yang berdekatan dengan transit seperti transit aliran (MRT) akan memudahkan aksesibiliti untuk tenaga kerja bandar, meningkatkan daya tarikannya dan pada masa yang sama, meningkatkan nilai harta di kawasan sekitarnya," katanya.

Ghee Bin berkata, dengan lokasi yang strategik, ia akan menjadi tumpuan dan dijangka akan mendapat permintaan tinggi dalam kalangan pembeli yang mahu memiliki hartanah untuk tinggal dengan pendekatan TOD.

"Oleh itu, kami percaya bahawa You City III akan menarik banyak pembeli rumah pertama dan generasi kedua di kawasan sekitarnya memandangkan respon positif daripada fasa awal," katanya.

Mudah akses

Ghee Bin berkata, You City III terdiri daripada 800 pangsapuri perkhidmatan di dua menara dan tiga tingkat You City Retail di tanah pegangan bebas seluar 2.2 hektar.

"Perkembangan ini dirancang dengan baik dengan tata letak praktikal yang mempunyai dua hingga empat bilik tidur dan dua hingga tiga bilik mandi dilengkapi dengan satu hingga empat tempat letak kereta.

"Kedudukan lokasi You City III sangat strategik kerana berada di laluan MRT Sungai Buloh ke Kajang iaitu salah satu laluan yang mudah untuk diakses kerana boleh membawa penduduk ke MRT Tun Razak Exchange melibatkan tujuh stesen ke Damansara, Petaling Jaya dan Sungai Buloh," katanya.

Tambahnya, You City III disambungkan dengan lebuh raya utama termasuklah Lebuhraya Cheras-Kajang, Lebuhraya Link Timur-Barat, Lebuhraya Shah Alam, Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban dan Lebuhraya Mex.

Kondusif

You City III mempunyai You City Retail iaitu mempunyai tiga tingkat yang terdiri daripada 87 unit kedai dan memberikan kemudahan kepada penduduk sekitar mendapatkan keperluan dan menjalani kehidupan moden.

"You Retail City akan diuruskan oleh Atria Management Team bagi memastikan penyelenggaraan penyewaan dan penghuni yang berkualiti seperti mana yang terdapat di Atria Shopping Gallery, Damansara," katanya.

Tambahnya, sebanyak 394 unit dari Menara A kini dibuka untuk dijual pada harga mampu milik iaitu RM350,000.

"Pembeli rumah yang layak juga akan mendapat banyak manfaat daripada Kempen Pemilikan Rumah (HOC) dengan pelbagai diskaun dan pengecualian sehingga akhir Jun ini. Bumiputera mendapat diskaun sebanyak 10 peratus," katanya.

SelesaSebagai nilai tambah kepada keseluruhan pembangunan, OSK Property meningkatkan pelan induk keseluruhan pembangunan dengan pembinaan jambatan baharu menghubungkan penduduk di You City ke Lebuhraya Grand Saga.

"Pasar basah Batu 9 Cheras yang terkenal turut dibina semula oleh OSK Property untuk menyediakan kemudahan yang lebih selesa dan luas kepada masyarakat.

"Di samping itu, jambatan mesra pejalan kaki akan dibina untuk menghubungkan penduduk-penduduk You Vista ke You Retail City yang membolehkan mereka mengakses stesen MRT Taman Suntex.

"Setelah selesai, You City ditetapkan untuk menghidupkan gaya hidup baharu kepada masyarakat di Cheras," katanya.

Projek baharuOSK Property turut memfokuskan untuk menyediakan kediaman memenuhi keperluan komuniti serta gaya hidup masa kini.

Ghee Bin berkata, terbaharu OSK Property memperkenalkan beberapa projek di kawasan strategik iaitu Ryan & Miho di Petaling Jaya Seksyen 13, Iringan Bayu di Seremban, Windmill Upon Hills Genting Permai dan TimurBay Seafront Residence di Kuantan.

"Semua projek yang dilancarkan ini dijual pada harga berpatutan walaupun di lokasi strategik. Kami menerima sambutan positif bagi semua projek sejak dilancarkan. OSK Property menawarkan projek baharu di kawasan strategik serta lokasi matang dilengkapi pelbagai kemudahan," katanya.

Jelasnya, bagi projek Ryan & Miho yang mempunyai sehingga 1,084 rumah turut dilengkapi fasiliti podium 0.89 hektar di tengah-tengah kejiranan Seksyen 13, Petaling Jaya dengan jambatan penghubung ke Jaya One.

"Ryan & Miho mempunyai dua menara 30 tingkat dilengkapi kemudahan termasuk akses di tiga lebuh raya utama dan berdekatan dengan enam hospital, enam hub komersial, sembilan pusat membeli-belah dan lebih 12 universiti dan sekolah antarabangsa dalam radius lima kilometer,” katanya.

Sementara itu, Iringan Bayu adalah perbandaran seluas 311.61 hektar serta landskap taman serba hijau, Verdant Central Park seluas 8.9 hektar dan menawarkan 761 rumah.

"Iringan Bayu dibangunkan dengan konsep kejiranan hijau dan bandar selamat," katanya.