Bahagia bukan diukur daripada status Facebook dan Instagram

No Image Caption
A
A
A

HARI ini genap 13 Syawal atau lebih tepat lagi sudah 13 hari kita umat Islam menyambut lebaran.

Antara topik paling panas selepas Syawal tentulah isu poket kempis gara-gara sakan beraya.

Tidak hairanlah beberapa hari lalu Merak Jalanan ada menerima mesej kononnya bantuan kecemasan daripada beberapa rakan.

Ada yang mengaku sudah tidak boleh membuat pinjaman peribadi bank kerana telah disenarai hitam.

Namun, apa yang membuat Merak Jalanan kurang senang dengan permohonan dana bantuan kecemasan itu apabila melihat status media sosial masing-masing.

Membeli-belah di butik berjenama, minum di kafe mewah dan bercuti ke luar negara beberapa kali setahun membuatkan Merak Jalanan menilai kembali realiti kehidupan sebenar di luar alam maya.

Ternyata, pada zaman ini bukan sedikit orang yang menggunakan laman sosial untuk menayangkan gaya hidup sosialitas menggambarkan kebahagiaan mereka.

Merak Jalanan teringat juga kepada seorang kenalan yang hampir setiap hari memuat naik foto di gim dalam Facebooknya.

Artikel Berkaitan:

Bila ditanya kenapa tak kurus-kurus walaupun hari-hari ke gim, rupanya statusnya lebih sekadar berfoto untuk tatapan rakan-rakan alam maya.

Itu belum kisah public figure di Instagram yang apabila ke luar negara lengkap dengan penata rias jurumekap dan jurukamera bagi memastikan foto atau video di media sosial tidak ‘kalah’ dengan orang lain.

Yang pasti setiap orang punya definisi bahagia. Tetapi beria-ria menunjuk bahagia dalam status Facebook dan Instagram belum bererti bahagia sebenarnya.