'Jangan sia-siakan geran usahawan'

Nazri (tengah) bersama 100 penerima bantuan pada Majlis Bizfair SSM Pahang dan Majlis Serahan SSM Bizgrant di Hotel Grand Makmur, semalam.
Nazri (tengah) bersama 100 penerima bantuan pada Majlis Bizfair SSM Pahang dan Majlis Serahan SSM Bizgrant di Hotel Grand Makmur, semalam.
A
A
A
KUANTAN - Guna bantuan yang diberikan oleh kerajaan menerusi Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan sebaiknya.

Exco Hal Ehwal Felda, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Nazri Ngah berkata, penerima BizGrant SSM perlu menggunakan bantuan yang diberikan itu sebaik-baiknya untuk memajukan perniagaan mereka.

“Jangan mensia-siakan bantuan yang diberikan itu. Mereka yang menerima bantuan atau geran pada hari ini adalah yang layak dan terpilih sahaja.

“Jadi belajar hargai bantuan itu kerana masih ramai usahawan yang perlukan bantuan tetapi mereka gagal mendapatkannya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Bizfair SSM Pahang dan Majlis Serahan SSM Bizgrant di Hotel Grand Makmur, semalam.

Turut hadir pada majlis itu, Pengarah SSM negeri, Roslina Abdul Malek, Pengurus SSM Cawangan Temerloh, Adnan Omar dan wakil dari agensi kerajaan lain.

Menurutnya, SSM memperuntukkan RM900,000 akan diagihkan kepada 300 usahawan di seluruh negeri ini bagi menaikkan potensi perniagaan mereka.

Jelasnya, program BizGrant SSM ini adalah satu inisiatif dalam membantu usahawan mengembangkan dan memajukan perniagaan mereka.

“Pada hari ini, seramai 100 usahawan telah menerima geran dan penerima geran ini adalah usahawan berjaya dalam sesi temuduga BizGrant SSM 2018 yang telah diadakan pada 30 Oktober hingga 1 November yang lalu.
Artikel Berkaitan:


“BizGrant SSM ini adalah dalam bentuk barangan atau perkakasan bagi membantu usahawan menjalankan perniagaan mereka,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai program itu, Nazri berkata, bantuan tersebut menunjukkan bahawa kerajaan begitu komited dalam memastikan pertumbuhan ekonomi negara dengan merancakkan lagi aktiviti usahawan tempatan.

Jelasnya, kerajaan sentiasa mengutamakan rakyat kerana ia sebahagian daripada tanggungjawab.

“Saya yakin dan percaya kerajaan akan memberi bantuan kepada semua pihak termasuk mereka yang kurang berkemampuan,” katanya.