Manfaat jus lidah buaya buat tubuh

Aloe vera
Aloe vera
A
A
A

ALOE VERA juga dikenali sebagai pokok lidah buaya. Ia menjadi salah satu tumbuhan antara 250 spesies aloe serata dunia. Aloe vera ialah tumbuhan saka, sukulen separa-tropika, dengan akar serabut yang kuat dan daun berwarna hijau kekelabuan, berisi tebal, dan bergerigi.

Menurut Dr Rupali Datta, lidah buaya (aloe vera) adalah bahan penting untuk industri makanan, farmaseutikal dan kosmetik. Kajian terbaru yang diterbitkan dalam pelbagai jurnal saintifik telah menunjukkan bahawa penggunaan jus lidah buaya dapat mengawal gula dalam darah dan menurunkan lipid dalam kencing manis dan hiperklipemia pesakit.

Jom kita baca kebaikan meminum jus lidah buaya :

1) Mengandungi vitamin dan mineral

Jus sarat dengan vitamin, mineral dan antioksidan penting untuk tubuh kita. Satu-satunya perkara yang tidak dapat dijumpai dalam lidah buaya adalah Vitamin D.

2) Melawan masalah penghadaman

Pengambilan lidah buaya setiap hari dipercayai boleh melawan dan merawat pelbagai gangguan pencernaan termasuk pencernaan yang kurang baik, sembelit, keasidan dan gas. Ia juga bermanfaat untuk merangsang selera makan.

3) Membuang toksin daripada tubuh

Artikel Berkaitan:

Penggunaan jus lidah buaya boleh menyingkirkan toksin daripada badan. Minum pada awal pagi akan membantu anda mengubati masalah pencernaan untuk membersihkan sistem penghadaman.

4) Bagus untuk rambut dan kulit

Jus lidah buaya membantu mengekalkan kulit licin, berseri dan menggalakkan pertumbuhan rambut. Aplikasi topikal boleh melegakan daripada luka bakar dan parut. Ia boleh digunakan sebagai agen pelembap untuk kulit serta kulit kepala.

5) Mengimbangi masalah hormon

Jus lidah buaya sering digunakan dalam banyak tonik herba lain yang penting dalam mengubati masalah hormon, pankreas dan gangguan yang berkaitan dengan limpa.

Sumber: Hello Doktor