Keperluan orang buta diutamakan

Khalid (kanan) menyampaikan sumbangan kepada OKU pada Majlis Aidil Fitri anjuran bersama Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MA) dan Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (Pertis) semalam.
Khalid (kanan) menyampaikan sumbangan kepada OKU pada Majlis Aidil Fitri anjuran bersama Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MA) dan Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (Pertis) semalam.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Wilayah Persekutuan memastikan keperluan orang kurang upaya (OKU) penglihatan menjadi keutamaan dalam perancangan pembangunan di ibu negara.

Menterinya, Khalid Abd. Samad berkata, pihaknya sedia bekerjasama dengan Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) bagi memenuhi keperluan khusus seperti aspek kemahiran dan perumahan.

"Tindakan diambil melalui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Apa sahaja pembangunan yang akan dilakukan, golongan OKU akan diberi keutamaan.

"Untuk perumahan dan program busker pula, kita akan lihat lebih terperinci dan sudah tentu mereka akan memperolehnya tetapi perlu diseimbangkan dengan pihak lain," katanya kepada media selepas Majlis Aidil Fitri anjuran bersama Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MA) dan Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (Pertis), di Kompleks MAB, Brickfileds di sini semalam.

Terdahulu, wakil Kelab Kebajikan MAB, Samad Saad menyatakan hasrat mahu golongan OKU penglihatan diberi keutamaan mendapatkan kemudahan rumah DBKL.

“Kami juga mahu Brickfields dijadikan bandar mesra orang buta, golongan OKU penglihatan diberikan lesen rumah urut selain menjenamakan semula Jalan Tebing sebagai Jalan Ismail Salleh sebagai lambang mengenang jasa pengerusi kami,”katanya.

Artikel Berkaitan: