Beyblade Raya dapat sambutan hangat

bey
bey
A
A
A

JERLUN - Seramai 50 orang peserta yang terdiri dari kanak-kanak berusia empat hingga 15 tahun menyertai pertandingan Beyblade Raya anjuran pemuda Pas Kawasan Jerlun yang diadakan di Dataran Markas Pas Kawasan Jerlun Lubuk Pinang baru-baru ini.

Ketua Pemuda Pas Kawasan Jerlun, Abdul Hadi Omar berkata, pihaknya mengadakan pertandingan itu bagi merapatkan lagi ukhuwah anak-anak Jerlun sempena Syawal ini.

Katanya, sambutan yang diterima sangat memberangsangkan dan ramai ibu bapa yang membawa anak-anak mereka untuk memeriahkan pertandingan tersebut. "Alhamdulillah ramai yang hadir untuk mendaftar tetapi pihak kami hanya mampu menerima 50 peserta sahaja," katanya.

Menurutnya, pertandingan itu dimenangi oleh Mohd Adam Faris yang membawa pulang duit raya RM90 dan hamper.

"Naib johan disandang oleh Mohd Rayyan Zafril yang menerima duit raya RM50 dan hamper, manakala tempat ketiga dan keempat masing-masing membawa pulang duit raya RM10 dan hamper.

"Insya-ALLAH pertandingan seperti ini kita akan anjurkan lagi pada masa yang akan datang dengan mengambil kira sambutan yang cukup baik pada kali ini dan pihak kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat,” katanya.

Artikel Berkaitan: