OKP hasilkan kraftangan dari bahan terbuang

Penganjur dan OKP bergambar bersama sambil memegang hasil tangan masing-masing.
Penganjur dan OKP bergambar bersama sambil memegang hasil tangan masing-masing.
A
A
A

YAN - Orang Kena Pengawasan (OKP) telah menghasilkan kraftangan daripada bahan terbuang.

Program ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD) Yan bersama Unit Pemulihan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Yan serta ahli jawatankuasa Masjid Ar-Rahmah di Pekarangan Masjid Ar-Rahmah Kampung Belida, semalam.

Ketua Unit Pencegahan AADK Yan, Mohamad Farid Mohd Noor berkata, bengkel ini turut diisi dengan tazkirah kepada OKP dan komuniti setempat.

Katanya, tujuan program ini diadakan adalah untuk memantau keadaan OKP dengan lebih dekat.

"Selain itu juga kita mahu wujudkan hubungan baik antara OKP dan komuniti setempat agar mereka tidak terasa asing," katanya.

Menurut Mohamad Farid, golongan OKP ini memerlukan bantuan dan sokongan moral daripada komuniti bagi membolehkan mereka bertahan daripada mengambil semula najis dadah.

Artikel Berkaitan: