Kereta terhumban dalam sungai

Kereta Perodua Myvi terbabit terhumban dalam Sungai Ketil namun pemandunya selamat.
Kereta Perodua Myvi terbabit terhumban dalam Sungai Ketil namun pemandunya selamat.
A
A
A

KUALA KETIL- Sebuah kereta Perodua Myvi dipandu seorang lelaki terjunam dari jambatan Kuala Ketil- Parit Panjang ke dalam Sungai Ketil, malam semalam.

Dalam kejadian jam 11.30 malam itu, mangsa, Azman Ibrahim, 43, dari Kampung Batu Besar Sik dari arah Kuala Ketil sedang menghala Parit Panjang.

Kereta dipandu mangsa yang terbabas ke laluan bertentangan terlanggar saluran paip sebelum terjunam ke dalam sungai setinggi lebih lima meter.

Ketua Polis Baling, Superintendan Shariffuddin Yusof berkata, mangsa memandu bersendirian dipercayai mengantuk dan terlelap.

Menurutnya, lelaki itu bagaimanapun selamat manakala keretanya remuk di bahagian depan.

"Mangsa luka di siku kanan, telinga dan dada akibat hentakan yang kuat," katanya.

Kejadian ini merupakan kali kedua berlaku selepas sebuah kereta Proton Pesona dipandu seorang wanita terhumban dalam sungai sama pada 1 Mac lalu.

Dalam kejadian 1 Mac lalu, pemandu dan seorang penumpang itu selamat.

Artikel Berkaitan: