Masakan terakhir ibu saudara buat keluarga

Syakila ketika ditemui di pekarangan Hospital Temerloh hari ini.
Syakila ketika ditemui di pekarangan Hospital Temerloh hari ini.
A
A
A

TEMERLOH - Keterujaan ibu saudaranya yang sanggup memasak untuk semua ahli keluarganya menjadi detik yang akan menjadi kenangan selama-selamanya.

Syakila Isa, 21, anak saudara kepada Siti Zubaidah Abidin, 40 memberitahu, ibu saudaranya tidak membenarkan orang lain masak selama dia berada di rumah nenek.

"Malah dia meminta kami memberitahu juadah apa yang ingin dimakan dan dia akan masak untuk kami semua.

"Pada ketika itu kami fikir mungkin makcik Siti terlalu gembira kerana dapat berkumpul beramai-ramai, tidak sangka pula ia petanda dia akan pergi meninggalkan kami," katanya lagi.

Syakila berkata, mereka berkumpul di rumah neneknya di Felda Bukit Puchong, Bera sejak Jumaat untuk meraikan Aidilfitri.

"Malah makcik Siti sempat menyiapkan juadah nasi lemak sotong sebelum mereka bertolak untuk menghadiri majlis pertunangan saudara di Serting, Negeri Sembilan.

Menurutnya, mereka menaiki dua kereta namun kereta Perodua Viva yang dinaiki Siti Zubaidah dan semua mangsa bertolak dahulu.

"Saya menaiki kereta bersama ayah, ibu, nenek dan seorang lagi saudara menaiki kereta Proton Persona dan kami bertolak kira-kira lima minit selepas kereta yang dinaiki makcik Siti bergerak.

Artikel Berkaitan:

"Namun apabila sampai ke tempat kejadian, kami melihat kereta Perodua Viva yang dinaiki mereka sudah terperosok di bawah lori..kami mengigil melihat kejadian itu sehingga ayah tidak mampu meneruskan perjalanan," katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Temerloh di sini hari ini.