Video intim: Jangan kaitkan dengan UMNO

Mahdzir Khalid
Mahdzir Khalid
A
A
A

KUALA NERANG - Penyebaran video intim mengaitkan seorang menteri kanan Kabinet tiada kaitan dengan UMNO.

Naib Presidennya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, penyebaran video itu tidak wajar dikaitkan dengan parti itu, yang kini sibuk mengendalikan mesyuarat bahagian parti di seluruh negeri.

Menurutnya, tindakan sewajarnya adalah menyerahkan siasatan kepada pihak polis untuk mengetahui kebenarannya.

“Polis telah pun ambil tindakan, namun PKR juga harus bertanggungjawab dalam kes ini kerana melibatkan pemimpin mereka.

"Kita akan lihat bagaimana polis dan PKR berdepan kes ini dan ia perlu ada penyelesaiannya,” katanya, selepas perasmian mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Padang Terap hari ini.

Mahdzir berkata, perkara seumpama itu tidak sewajarnya berlaku dalam sebuah negara yang kini memasuki tahap pemikiran tinggi.

“Tak wajar berlaku dalam politik negara kita, kita berfikiran waras namun pada zaman ini masih ada lagi politik kotor seperti itu.

"Apa sebenarnya mahu diwajahkan berhubung video itu, saya tak pasti sama ada ia permainan atau helah politik,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Ahli Parlimen Padang Terap itu turut menyambut baik keputusan peguam, Syazlin Mansor untuk terus mewakili keluarga anggota bomba, Allahyarham Muhamad Adib Mohd Kassim dalam prosiding inkues di Mahkamah Koroner yang akan bersambung semula pada 26 Jun ini.

“Eloklah Syazlin ambil semula tanggungjawab sebagai peguam kepada keluarga Muhamad Adib, kerana rakyat mahukan prinsip ‘rule of law’ ditegakkan, jangan tersasar daripada itu,” katanya.