Penduduk gempar temui 29 ekor ular dalam longkang

Anggota APM menangkap ular yang ditemui penduduk.
A
A

GOMBAK - Suasana tenang di Taman Sri Batu Caves di sini gempar apabila 29 ekor ular termasuk ular sawa serta anak ular ditemui penduduk dalam longkang di kawasan perumahan tersebut.

Pasukan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kuala Lumpur dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan pada 4.07 petang.

"Berdasarkan maklumat yang diterima ular berkenaan ditemui penduduk dalam parit dan penduduk ingatkan ia seekor.

Antara telur ular yang ditemui penduduk di Taman Sri Batu Caves.
Antara telur ular yang ditemui penduduk di Taman Sri Batu Caves.

"Namun, ular itu bergerak ke dalam lubang sehingga memaksa anggota mencangkul sebelum menemui telur ular yang baru menetas serta anak ular," katanya.

Katanya, saiz ular yang ditemui itu dianggarkan sepanjang 30 sentimeter hingga 40 sentimeter.

"Anggota (APM) kemudiannya menangkap kesemua ular yang ditemui itu," katanya.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia