Apa alasan untuk kita buat kerja itu: Anwar

Anwar
Anwar
A
A
A

PORT DICKSON - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan wujud pembabitan ‘pihaknya’ dalam parti berhubung penyebaran video intim dikaitkan dengan seorang menteri kanan daripada parti itu.

Jelas Ahli Parlimen Port Dickson itu lagi, tiada keperluan untuk beliau atau penyokongnya melakukan perbuatan yang tidak berfaedah itu.

"Apa alasan untuk kita buat kerja itu? Kita daripada satu parti, daripada Pakatan Harapan (PH). Kalau perlu (jatuhkan), saya sudah ada perjanjian (untuk menggantikan Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri). Perdana Menteri sudah mengatakannya (berkenaan peralihan kuasa) dan minggu lalu beliau sekali lagi mengatakannya.

"Sudah ada fitnah, tak boleh jawab dengan fitnah," katanya ketika ditemui pemberita Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Port Dickson di sini.

Anwar turut menolak dakwaan bahawa penyebaran video intim itu akan memecah-belahkan PKR seperti yang diperkatakan pemimpin pembangkang ketika ini.

Dalam perkembangan sama, Anwar juga turut menafikan wujud perebutan kuasa antara beliau dan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali seperti mana yang didakwa segelintir pihak termasuk parti pembangkang.

Jelasnya, ketika ini beliau menerima sokongan padu daripada semua parti komponen dalam PH.

“PKR, DAP, Amanah dan Bersatu (semua sokong). Jadi, tak ada masalah bagi saya,” katanya.

Artikel Berkaitan: