Artis era 60-an adakan pertemuan di Melaka

Sebahagian dari artis yang hadir pada pertemuan sempena Aidilfitri di Majlis Silaturahim Aidilfitri Pop Yeh Yeh di Banda Hilir, di sini, hari ini.
Sebahagian dari artis yang hadir pada pertemuan sempena Aidilfitri di Majlis Silaturahim Aidilfitri Pop Yeh Yeh di Banda Hilir, di sini, hari ini.
A
A
A

SERAMAI kira-kira 60 artis era 60-an mengadakan pertemuan di negeri ini bersempena Sambutan Aidilfitri.

Majlis yang dinamakan Silaturahim Aidilfitri Pop Yeh Yeh itu adalah pertemuan julung kalinya dibuat di luar Lembah Klang.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjuran, Adnan Othman berkata, kebanyakan mereka menetap di Singapura dan Lembah Klang bersetuju untuk mengadakannya di Melaka bagi memberi kemudahan buat artis yang datang dari selatan tanah air, khususnya Singapura.

“Bila kami buat di Melaka mudahlah bagi artis tang menetap di selatan tanah air khususnya dari Singapura untuk datang. Pertemuan secara santai ini bertujuan untuk merapatkan kembali jalinan kemesraan di antara artis yang sudah lama tidak bersua,” katanya pada majlis tersebut di Banda Hilir di sini.

Antara yang hadir, Datuk Jeffrydin, J Sham, Afidah Es, Asmah Atan dan ramai lagi.

Sementara itu, Asmah Atan ketika ditemui berkata kesempatan pertemuan itu juga digunakan bagi mengingati kembali beberapa rakan seangkatan yang telah pergi termasuk terbaharu, Datuk A Rahman Hassan.

“Kami artis dari Malaysia dan Singapura kebanyakannya sudah berusia malah jarang bertemu maka program sebegini kami ambil peluang untuk menjalinkan kemesraan kembali. Kita harapkan program seumpama ini dapat diteruskan di masa-masa akan datang,” katanya.

Artikel Berkaitan: