TNB sinari Syawal buat 130 pelajar cemerlang

Amir Hamzah (dua,kanan) menyampaikan biasiswa kepada salah seorang pelajar cemerlang dalam Majlis Penganugerahan Biasiswa YTN 2019, baru-baru ini.
Amir Hamzah (dua,kanan) menyampaikan biasiswa kepada salah seorang pelajar cemerlang dalam Majlis Penganugerahan Biasiswa YTN 2019, baru-baru ini.
A
A
A

BULAN Syawal ini bukan sahaja membawa keceriaan malah mendatangkan kegembiraan buat 130 pelajar dan keluarga masing-masing apabila dianugerahi biasiswa Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada 6 Syawal lalu di sebuah hotel di Bangi.

Majlis penyampaian biasiswa itu berlangsung dalam suasana kemeriahan Aidilfitri selain rasa syukur penerima atas anugerah yang penuh bermakna buat keluarga pelajar

“Penerima biasiswa Yayasan Tenaga Nasional (YTN) merupakan cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2018 yang terdiri daripada pelbagai latar belakang.

“Selain cemerlang pelajaran, penerima juga aktif dalam kegiatan kokurikulum,” kata TNB melalui kenyataan hari ini.

TNB berkata, penerima merakamkan rasa syukur dan terima kasih ketika mengabadikan gambar kenangan bersama keluarga dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Amir Hamzah Azizan serta Pengarah YTN, Datuk Dr Shaari Md Nor.

Terdahulu Amir Hamzah menyampaikan anugerah biasiswa melalui YTN kepada 110 pelajar yang akan menyambung pengajian di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan 20 lagi di luar negara.

Turut hadir Ketua Pegawai Insan, Datuk Muhammad Razif Abdul Rahman; Ketua Pegawai Korporat, Datuk Wira Roslan Ab Rahman; Lembaga Pemegang Amanah YTN serta pengurusan TNB yang lain.

Artikel Berkaitan: