Video intim tidak jejaskan kementerian

Mohd Radzi sempat merakamkan gambar kenangan bersama barisan pentadbir UiTM Kelantan sempena Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri hari ini.
Mohd Radzi sempat merakamkan gambar kenangan bersama barisan pentadbir UiTM Kelantan sempena Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri hari ini.
A
A
A

MACHANG - Penyebaran video intim yang didakwa membabitkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali baru-baru ini tidak menjejaskan kementerian tersebut dalam melaksanakan dasar pembangunan negara yang mampan dan inklusif.

Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, fokus utama kementerian tersebut dalam soal pembangunan dan mempertingkatkan usaha bagi memastikan program yang dilaksanakan memberi manfaat yang besar kepada rakyat akan diteruskan.

"Tidak sebarang masalah mengenai perkara itu. Beliau (Mohamed Azmin) telah membuat penafian sekeras-kerasnya pembabitannya dalam video yang tersebar itu dan menyifatkannya sebagai satu tuduhan jahat dan kejam.

"Beliau ( Mohamed Azmin ) percaya itu adalah komplot jahat untuk mencemarkan reputasi dan keperibadian serta menjatuhkan dan memusnahkan karier politiknya," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Universiti Teknologi Mara ( UiTM) Cawangan Kelantan, di sini, hari ini.

Hadir sama pada majlis tersebut, Rektor UiTM Kelantan, Prof Madya Dr Tuan Mohd Rosli Tuan Hassan. Pada majlis yang sama, UiTM turut meraikan lapan kakitangannya yang bersara.

Bagi memeriahkan majlis, pertandingan gerai paling cantik dan paling 'sohor' turut diadakan sempena sambutan yang diadakan di Dewan Profesional itu.

Artikel Berkaitan: