Azmin akan beri keterangan pada bila-bila masa

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali melambai tangan kepada orang ramai pada Majlis Sambutan Aidilfitri DUN Gombak Setia di Taman Selasih Fasa II hari ini.
 - FOTO BERNAMA
Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali melambai tangan kepada orang ramai pada Majlis Sambutan Aidilfitri DUN Gombak Setia di Taman Selasih Fasa II hari ini.
 - FOTO BERNAMA
A
A
A

GOMBAK - [DIKEMASKINI] Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan memberi keterangan kepada polis pada bila-bila masa sekiranya dipanggil bagi membantu siasatan berhubung tuduhan dirinya terlibat dalam video intim bersama Haziq Abdullah Abdul Aziz.

Beliau berkata, polis sudah menghubungi pegawainya untuk menetapkan masa bagi membolehkan beliau memberi keterangan dan beliau bersedia memberi kerjasama.

“Pejabat saya sudah dihubungi polis untuk memberi keterangan. Tetapi hari ini saya akan ke Pulau Pinang. Esok saya agak lapang atau bila-bila masa jika pihak berkuasa sedia,” katanya pada Majlis Silaturahim Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia, di sini, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN:

Jangan kaitkan saya dengan video itu: Norman KRU

Haziq dibebaskan dengan jaminan polis

Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR dan Ahli Parlimen Gombak ditemani isterinya, Datin Seri Shamsidar Taharin.

Semalam Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador, berkata pegawai penyiasat akan memanggil Mohamed Azmin bagi membantu siasatan kes penyebaran rakaman video berkenaan.

Terdahulu, Haziq ditahan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, semasa berada di terminal pelepasan antarabangsa untuk berlepas ke Manila, Filipina Jumaat lalu.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun jam 5.48 petang semalam, Haziq dibebaskan dengan jaminan polis selepas melalui proses siasatan selama 24 jam.

Sebelum itu dia turut dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan kesihatan. Selepas dibebaskan Haziq bagaimanapun enggan ditemubual media dan memohon ruang peribadi kerana perlu berehat.