Projek Light and Sound dalam peringkat akhir

Kar Hing (lima dari kiri), berkata sesuatu kepada kumpulan pelajar yang terlibat dalam proses menyiapkan mural di Lorong Hill.
Kar Hing (lima dari kiri), berkata sesuatu kepada kumpulan pelajar yang terlibat dalam proses menyiapkan mural di Lorong Hill.
A
A
A

IPOH - Kerajaan negeri dengan kerjasama Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dalam peringkat akhir bagi proses menyiapkan projek ‘Light and Sound’ di Padang Ipoh.

Exco Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Perak, Tan Kar Hing berkata, projek berkenaan secara keseluruhannya bakal memberikan wajah baharu kepada Padang Ipoh yang sekali gus bakal menjadi sebagai antara destinasi pelancongan di Ipoh kelak.

Malah menurutnya, projek berkenaan telah pun bermula dijangka bakal diselesaikan pada penghujung tahun ini.

“Secara keseluruhannya bakal menjadikan kawasan berkenaan termasuk di sekitarnya ‘beraksi’ pada waktu malam.

“Kita yakin projek ini juga akan membantu mewujudkan pula program-program lain seperti bazar festival dan sebagainya nanti di sini (Padang Ipoh).

“Kita ada banyak lagi program. Ada beberapa cadangan, kita ada projek ‘maping’ di Ipoh, sculpture light and sound, architectural dressing dan sebagainya nanti,” katanya di sini hari ini.

Kar Hing berkata demikian sempena Perasmian Program Bandar Selamat dan International Design Fest Politeknik Ungku Omar (PUO) dengan kerjasama MBI di Padang Ipoh.

Hadir sama Pengarah PUO, Dr Zairon Mustapha dan Setiausaha Bandaraya, Zakuan Zakaria.

Artikel Berkaitan:

Difahamkan, program berkenaan adalah hasil usaha bersama pihak PUO, Kolej Komuniti, MBI selain melibatkan 300 pelajar termasuk dua pelajar dari Universiti Songkhla, Thailand.

Sementara itu Kar Hing berkata, program berkenaan turut melibatkan kerja-kerja naik taraf kawasan lorong pejalan kaki dan longkang Lorong Hill berhampiran Padang Ipoh.

Katanya, lorong berkenaan telah pun dihiasi dengan hasil mural serta arca yang dihasilkan oleh pelajar-pelajar PUO.

“Program ini dah hasilkan mural dan araca di Lorong Hill di sini. Sekarang kita boleh sambungkan dari lorong ini sampai ke Padang Ipoh dengan pencahayaan yang cukup terutamanya di lorong pejalan kaki di sini,” katanya.