Empat lagi mayat orang asli akan dibawa keluar

Hasanuddin (kanan) menyampaikan sijil penghargaan kepada anggotanya dalam Perhimpunan Bulanan di IPK Kelantan hari ini.
Hasanuddin (kanan) menyampaikan sijil penghargaan kepada anggotanya dalam Perhimpunan Bulanan di IPK Kelantan hari ini.
A
A
A

KOTA BHARU - Empat lagi mayat orang asli yang meninggal dunia di Kuala Koh dijangka akan dikeluarkan petang ini bergantung kepada keadaan cuaca semasa.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, pasukan mereka termasuk orang asli akan memasuki kawasan berkenaan petang ini untuk membawa keluar empat lagi mayat orang asli.

Beliau berkata, operasi itu akan dilakukan 12 anggota forensik dengan bantuan orang asli berkenaan.

“Pasukan forensik akan masuk hari ini dan kalau hujan lebat yang boleh menimbulkan risiko mungkin kita akan tunda kerana cuaca pada waktu petang tak dapat dijangka. Kalau hujan lebat akan risiko kepada anggota sama ada pokok tumbang dan sebagainya.

“Nak masuk ke dalam kawasan itu bukan mudah kerana perlu berperahu rentas sungai dan berjalan hingga empat atau lima jam.

"Halangan utamanya cuaca dan struktur laluan ke sana,” katanya pada sidang akhbar selepas perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan hari ini.

Hasanuddin berkata, lapan mayat yang dibawa keluar semalam bukan dalam keadaan sempurna dan kebanyakannya hanya tinggal sisa tulang selepas ditemui di atas para yang dibina ahli keluarga mereka yang semadikan mengikut adat tradisi mereka.

Katanya, semua mayat akan disahkan oleh waris keluarga masing masing dan seorang lagi mayat tidak dapat dikenal pasti warisnya.

Artikel Berkaitan:

“Mungkin ada yang meninggal selepas itu mereka bergerak meninggalkan kawasan berkenaan. Jadi ada seorang lagi mayat yang kami tak dapat kenal pasti warisnya,” katanya.