Ibu anak 12 belasah suami curang

 Seorang isteri membelasah suaminya yang berlaku curang.
Seorang isteri membelasah suaminya yang berlaku curang.
A
A
A

MANILA - Gara-gara bermain kayu tiga, seorang pemandu bas jeepney di Manila dibelasah isterinya di khalayak.

Dalam kejadian awal bulan ini, seorang wanita menyerbu naik bas jeepney yang dipandu suaminya apabila mengetahui lelaki itu berlaku curang.

Tindakan wanita tersebut menyebabkan suaminya terpaksa memberhentikan bas di tepi jalan sementara isterinya terus memarahi dan memukulnya.

Rakaman video yang dipercayai diambil oleh salah seorang penumpang bas terbabit menunjukkan seorang wanita menjerit di bahagian tempat duduk pemandu.

"Awak mempunyai 12 orang anak bersama saya! Tergamak awak menghancurkan keluarga sendiri kerana seorang wanita lain," jerit wanita yang berang itu.

Difahamkan ketika pertengkaran berlaku, wanita simpanan si suami berada di bahagian tempat duduk penumpang dan lelaki terbabit kelihatan cuba menghalang isterinya daripada menyerang kekasihnya.

Dalam pada itu, penumpang lain menggesa wanita simpanan itu agar segera keluar dari bas dan turut menyalahkannya kerana menyebabkan perjalanan mereka tergendala.

Ekoran insiden tersebut penumpang terpaksa meneruskan perjalanan dengan bas lain sementara penguatkuasa trafik datang untuk meleraikan pasangan yang suami isteri yang bergaduh itu. - Dailymail

Artikel Berkaitan: