Bapa Naz meninggal dunia

Naz - FOTO: INSTAGRAM NAZ & SHEAHNEE IMAN LEE
A
A

PENGACARA dan personaliti TV popular, Nazrudin atau lebih dikenali sebagai Naz telah kehilangan bapanya, Habibur Rahman, 73, yang telah meninggal dunia pada jam 9.45 malam Rabu lalu.

Berita sedih tersebut dikongsikan isterinya, bekas personaliti ntv7, Sheahnee Iman Lee, di laman Instagramnya semalam.

Difahamkan Allahyarham mengalami sesak nafas dan dikejarkan ke sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur sebelum doktor mengesahkan Allahyarham telah tiada. Jenazah bapa hos program Jalan-Jalan Cari Makan ini telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Ampang selepas solat Zohor, pada hari Khamis.

Allahyarham Habibur Rahmam sebelum ini disahkan mengidap kanser buah pinggang dan telah menjalani pembedahan pada Mei lalu.