Selangor sokong pembangunan i-City

Amirudin (dua dari kiri) ketika hadir majlis perasmian pusat membeli belah Central i-City yang disempurnakan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Amirudin (dua dari kiri) ketika hadir majlis perasmian pusat membeli belah Central i-City yang disempurnakan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
A
A
A

SHAH ALAM- Hasrat i-Berhad yang mahu menjadikan kawasan i-City sebagai Segi Tiga Emas dilihat mampu menambah nilai pelaburan di negeri ini

Sekaligus dengan langkah pemaju tersebut menyediakan perumahan dan lot-lot perniagaan ia dapat meningkatkan perkembangan ekonomi di negeri Selangor khususnya di Klang dan Shah Alam.

Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata kerajaan negeri menyambut baik pembukaan pusat membeli belah Central i-City di Seksyen 7.

"Kerajaan negeri merupakan kerajaan yang sangat pro kepada pelaburan dan industri dan masa sama semua polisi kita seperti ketelusan dan urus tadbir yang baik akan memudahkan pelaburan di Segi Tiga Emas ini.

“Sekaligus memberikan nilai tambah kepada Shah Alam yang bukan sahaja menjadi kota pentadbiran pada siang hari tetapi mampu hidup dan beraktiviti sehingga waktu malam walaupun majoriti penduduk menjadikan Shah Alam sebagai kawasan tempat tinggal,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akbar selepas majlis perasmian pusat membeli belah Central i-City yang disempurnakan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Katanya, kolaborasi antara i-Berhad menerusi anak syarikatnya, I-City Properties Sdn Bhd bersama Centeal Pattana Public Company Limited (CPN) merupakan satu yang menarik.

"Saya difahamkan syarikat dari Thailand itu berpengalaman luas membina 33 pusat membeli-belah selama 40 tahun di Thailand.

Artikel Berkaitan:

"Sekaligus jaringan perhubungan yang ada di sini mampu memberikan kesan positif kepada Selangor selaras dengan hasrat ke arah Smart State pada tahun 2025," katanya.