Abam timang cahaya mata lelaki

Instagram Abam
A
A

PELAWAK Abam Bocey kini begelar bapa apabila isterinya Siti Norhidayah selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka di Hospital Selayang, pada Jumaat.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 31, memanjatkan rasa syukur apabila bayi lelakinya seberat 3.55kg itu dalam lahir dalam keadaan yang sihat walafiat.

Berita gembira tersebut dikongsikan Abam menerusi laman Instagramnya petang semalam.

Abam Foto: Instagram Abam
Abam Foto: Instagram Abam

“Alhamdulillah isteri saya selamat melahirkan anak lelaki. Allahuakbar Allahuakbar!!! terima kasih yang sudi mendoakan keselamatan isteri dan anak saya.

“Terima kasih nurse, sister nurse dan doktor Hospital Selayang. Anda semua terbaik. Alhamdulillah Alhamdulillah SubhanALLAH masyaALLAH,” tulis Abam.

Abam dan isteri mendirikan rumah tangga pada 8 Disember 2017 di Masjid Jamek Sultan Hishamudin, Sabak Bernam, Selangor.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia