X

Kindly register in order to view this article
!

Mangsa banjir di Membakut terus meningkat

A
A

KOTA KINABALU - Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Membakut meningkat kepada 100 orang setakat jam 4.20 petang tadi berbanding 94 mangsa pagi tadi.

Menurut Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) Sabah dalam kenyataannya, mereka terdiri 53 dewasa, 44 kanak-kanak dan tiga bayi dipindahkan di PPS Dewan Serbaguna Membakut.

"Jumlah mangsa banjir itu membabitkan 37 keluarga daripada 11 kampung yang terjejas ekoran banjir yang berlaku sejak semalam," kata kenyataan itu.

Ia berkata antara kampung yang terjejas banjir ialah Kampung Lumantak, Baitam, Sinoko, Bambangan, Baru, Kayai dan Lampuas.

Selain APM, pemantauan banjir turut membabitkan anggota bomba dan penyelamat, polis, Pejabat Daerah Beaufort, Pejabat Kesihatan dan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am.- Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus