Hanya yang layak terima Kad Peduli Sihat

Persembahan khas ketika majlis perasmian pusat membeli-belah Central i-City di sini.
Persembahan khas ketika majlis perasmian pusat membeli-belah Central i-City di sini.
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan negeri ingin memastikan mereka yang benar-benar layak sahaja menerima Kad Peduli Sihat di negeri ini selaras dengan kemas kini yang dilakukan sejak 1 Mei lalu.

Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, apa yang dilakukan ini bukan untuk mengurangkan jumlah penerima sebaliknya ia dilaksanakan bagi memastikan mereka yang layak sahaja menerima manfaat disediakan.

"Kita telah sarankan proses-proses bagaimana penerima sedia ada harus melakukan kemas kini, dan paling utama penerima haruslah terdiri daripada mereka yang berdaftar dengan Bantuan Sara Hidup.

"Sebahagian yang tidak menerima insiatif daripada Kad Peduli Sihat ini adalah mereka yang tidak menerima Bantuan Sara Hidup daripada kerajaan pusat," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis perasmian pusat membeli-belah Central i-City yang disempurnakan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Amirudin (lima, kanan) ketika hadir mengiringi Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada majlis perasmian pusat membeli-belah Central i-City di sini.
Amirudin (lima, kanan) ketika hadir mengiringi Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada majlis perasmian pusat membeli-belah Central i-City di sini.

Katanya, masa yang diberikan sudah cukup banyak dan pendaftaran juga dibuka di pusat-pusat khidmat di negeri ini.

"Garis panduan sangat mudah iaitu dilihat sama ada penerima kad peduli sihat ini menerima Bantuan Sara Hidup, yang mana ia disaring oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang mempunyai data lengkap.

Artikel Berkaitan:

"Dan ingin saya katakan sekali lagi, bukan bertujuan menyukarkan, namun paling utama kita nak pastikan tiada keciciran penerima berlaku, dan itu sebabnya kita lakukan pembersihan," katanya.

Terdahulu, setelah dua tahun dilaksanakan, Kerajaan Negeri Selangor mengambil langkah mengemaskini senarai penerima Skim Peduli Sihat (SPS) sedia ada bermula 1 Mei.

Sehingga kini, sebanyak 390,524 Kad Peduli Sihat dikeluarkan bagi memberi manfaat rawatan asas kepada rakyat Selangor.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris dibawa meninjau sekitar pusat membeli-belah I-City.
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris dibawa meninjau sekitar pusat membeli-belah I-City.