'Ini bukan kerja UMNO'

Najib ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan di Kampung Tanjung, Rantau, di sini hari ini.
Najib ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan di Kampung Tanjung, Rantau, di sini hari ini.
A
A
A

SEREMBAN - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menepis dakwaan bahawa UMNO terlibat dalam penyebaran video intim yang dikaitkan dengan seorang menteri kabinet.

Najib berkata, tuduhan tersebut dianggap sebagai mengarut serta tidak masuk akal.

"Mengarutlah, ini (video) bukan kerja kita (UMNO)," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan di Kampung Tanjung, Rantau, di sini hari ini.

Dalam pada itu, ketika ditanya sama ada menteri tersebut patut berehat sementara kes itu disiasat, Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan berkata, perkara itu adalah soal dalaman PKR dan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

"UMNO ambil sikap tidak terlibat sama sekali, mereka tahu apa sebenarnya yang terjadi. Apa yang penting sekali adalah soal kebenaran, moral dan etika," katanya.

Artikel Berkaitan: