X

Kindly register in order to view this article
!

Tiga cedera kereta terbakar selepas terbabas

Anggota bomba memadamkan kebakaran kereta yang terlibat dengan kemalangan pagi tadi.
A
A

SUBANG - Dua pemuda cedera manakala seorang lagi patah kaki apabila kereta dinaiki terbabas sebelum terbakar di Jalan Lapangan Terbang Subang berhampiran Pangkalan Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Subang, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi kereta jenis Perodua Myvi dinaiki kesemua mangsa itu dipercayai melanggar pembahagi jalan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 7 pagi sebelum tiba di lokasi 10 minit kemudian.

Seorang penumpang patah kaki dalam kejadian tersebut.
Seorang penumpang patah kaki dalam kejadian tersebut.

Katanya, 12 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya dan BBP Kota Anggerik ke lokasi untuk operasi pemadaman api diketuai Ketua Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Zulkifli Mokhtar.

“Hasil siasatan mendapati kenderaan ini terbabas melanggar pembahagi jalan sebelum terbakar hampir 90 peratus.

“Kemalangan melibatkan tiga mangsa, dua cedera ringan manakala seorang lagi patah kaki. Mangsa dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut oleh ambulans,” katanya.