50,000 pengunjung hadir rumah terbuka Tok Mat

Kedatangan Najib disambut Mohamad dan pengunjung yang melaungkan 'Bossku' sehingga memeriahkan lagi suasana.
Kedatangan Najib disambut Mohamad dan pengunjung yang melaungkan 'Bossku' sehingga memeriahkan lagi suasana.
A
A
A

SEREMBAN - Lebih 50,000 pengunjung pelbagai kaum hadir memeriahkan majlis rumah terbuka Aidilfitri Pemangku Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dan isteri, Datin Seri Raja Salbiah Tengku Nujumudin di kampung halaman beliau di Kampung Tanjung, Rantau setakat jam 1 tengah hari hari ini.

Beliau yang juga ADUN Rantau dan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan mengadakan majlis rumah terbuka ini setiap tahun sejak menjadi Menteri Besar pada tahun 2004 dan ini merupakan kali kedua sejak Barisan Nasional tewas dalam Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) lepas.

Majlis yang bermula jam 9 pagi dan dijadual berakhir 5 petang itu turut dihadiri mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Mond Najib Tun Razak; Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa dan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Kedatangan Najib pada jam 1.30 tengah hari tadi, disambut dengan laungan 'Bossku' yang memeriahkan lagi suasana.

Dijangka kedatangan pengunjung akan bertambah sehingga 70,000 sehingga lewat 6 petang nanti.

Orang ramai dilihat turut hadir menggunakan perkhidmatan 'shuttle' bas dan van percuma yang disediakan.

Hadirin dihidangkan dengan pelbagai juadah seperti lemang, rendang, nasi minyak, gulai daging dan cendol.

Majlis juga dimeriahkan dengan persembahan tiga kumpulan muzik iaitu 'Putra Sari', The Potai's Band dan buskers yang mendedangkan pelbagai jenis lagu termasuk lagu raya.

Artikel Berkaitan: