Jadual baharu kereta api ekspres, henti-henti mula Isnin

Redzuan menunjukkan jadual baharu bagi laluan Tumpat- Johor Bahru Sentral- Tumpat melibatkan Keretapi Ekspress Rakyat Timuran dan kereta api henti-henti akan berubah mulai Isnin ini.
Redzuan menunjukkan jadual baharu bagi laluan Tumpat- Johor Bahru Sentral- Tumpat melibatkan Keretapi Ekspress Rakyat Timuran dan kereta api henti-henti akan berubah mulai Isnin ini.
A
A
A

KOTA BHARU – Waktu bagi laluan Tumpat-Johor Bahru Sentral-Tumpat melibatkan Keretapi Ekspres Rakyat Timuran dan kereta api henti-henti akan berubah mulai Isnin ini.

Pengurus Wilayah Timur, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Redzuan Abdullah berkata, laluan asal Tumpat-Johor Bahru Sentral melibatkan Keretapi Ekspres Rakyat Timuran, bermula 40 minit kemudian iaitu pada jam 6.50 petang berbanding 6.15 petang sebelum ini.

Menurutnya, ia menyebabkan waktu perjalanan bagi 24 stesen lain akan berubah dan dijangka tiba di stesen terakhir iaitu Johor Bahru Sentral pada 12.06 tengah hari.

Bagaimanapun katanya, perkhidmatan tren 26 laluan dari Johor Bahru Sentral ke Tumpat akan diawalkan sejam iaitu 7.15 petang berbanding 8.15 petang sebelum ini.

Sekali gus katanya, ia menyebabkan perkhidmatan tren 26 laluan telah diawalkan sebelum tiba di stesen terakhir, Tumpat pada jam 12.32 tengah hari.

“Bagi perkhidmatan kereta api henti-henti, waktu laluan dari Tumpat ke Kuala Lipis dibahagikan kepada tiga perjalanan iaitu tren 51/53, tren 55/56 dan tren 57/59.

“Perkhidmatan tren shuttle 51/53 dari Tumpat akan bermula jam 4.05 pagi dijangka tiba di Kuala Lipis pada jam 12.40 tengah hari manakala tren 55 bermula jam 10.20 pagi dari Tumpat akan tiba di Dabong pada 1.50 petang sementara tren 57/59 dari Tumpat jam 2.35 petang tiba di Kuala Lipis jam 11.30 malam,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Bagi perjalanan balik dari Kuala Lipis ke Tumpat pula, beliau berkata, ia melibatkan tren 50/52, tren 55/56 dan tren 58/60.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, perjalanan bagi perkhidmatan shuttle tren 50/52 ia akan bermula jam 3 pagi dari Stesen Kuala Lipis dan dijangka tiba di Stesen Tumpat jam 10.59 pagi.

Manakala perkhidmatan shuttle tren 56 bermula dari Stesen Dabong ke Stesen Tumpat katanya, pada jam 2.50 petang hingga 8.21 petang.

Sementara perkhidmatan tren 58/60 dari Kuala Lipis beliau berkata, ia akan bermula 1.40 petang dan tiba di Tumpat pada jam 9.31 malam.

Pelanggan yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi KTMB di talian Tumpat (09-7257232); Wakaf Bharu (09-7196986); Pasir Mas (09-7909025); Tanah Merah (09-9556025); Kuala Krai (09-9666224); Dabong (09-9605527); Gua Musang (09-9121226); Kuala Lipis (09-3121341) dan Jerantut (09-2662219).