Rundingan berterusan Pas, UMNO untuk rampas pemerintahan

Sidang media Muktamar Dewan Muslimat Pas Malaysia, di Bukit Gambang Resort City, hari ini.
Sidang media Muktamar Dewan Muslimat Pas Malaysia, di Bukit Gambang Resort City, hari ini.
A
A
A

KUANTAN - Pas melakukan rundingan terus menerus dan meningkatkan kerjasama dengan UMNO sehinggalah PRU 15 untuk mengambil alih kuasa pemerintahan yang kini dikuasai PH.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kerjasama yang dilakukan menunjukkan perkembangan positif apabila berjaya memperoleh beberapa kemenangan ketika Pilihan Raya Kecil (PRK).

"Sehingga kini rundingan terus menerus diadakan kerana kita masih jauh lagi nak hadapi PRU.

"Kita ke arah pertingkatkan kerjasama dan telah berjaya melalui PRK yang diadakan, kita mendapat kemenangan.

"Dapat dilihat peningkatan berlaku sedikit demi sedikit dan terserah kepada jawatankuasa induk untuk selesaikan masalah yang ada," katanya ketika sidang media Muktamar Dewan Muslimat Pas Malaysia, di Bukit Gambang Resort City, hari ini.

Beliau berkata, kerjasama sudah tentu memberi fokus kepada hasrat untuk mengambil alih kuasa pemerintahan.

"PRU masih jauh dan sudah tentu kerjasama melibatkan semua perkara termasuklah kawasan bertanding, calon dan sebagainya.

"Selepas kemenangan PRK, tentulah tumpuan kepada PRU," katanya.

Artikel Berkaitan: