Mayat wanita warga emas ditemukan dalam rumah

Keadaan suram di kediaman mangsa setelah disahkan meninggal dunia oleh petugas paramedik. (Gambar kecil: Ijah Basri)
Keadaan suram di kediaman mangsa setelah disahkan meninggal dunia oleh petugas paramedik. (Gambar kecil: Ijah Basri)
A
A
A

KUALA KURAU - Misteri bau kurang menyenangkan dari sebuah rumah akhirnya membongkar penemuan mayat seorang wanita warga emas di kediamannya di Kampung Telok Pial Darat, Jalan Baru, di sini, semalam.

Mangsa, Ijah Basri, 86, disahkan meninggal dunia antara dua atau tiga hari lalu oleh pasukan paramedik yang memeriksanya.

Selain itu, mayat mangsa ditemukan penduduk setelah terhidu bau busuk pagi semalam, lalu memaklumkan perkara itu kepada ahli keluarga terdekat mangsa.

Difahamkan mangsa tinggal berseorangan manakala anaknya tinggal di kampung berhampiran.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kerian, Deputi Superintendan Sanusi Salleh berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian sekitar jam 1 petang dan segera ke lokasi kejadian untuk siasatan.

Menurutnya, siasatan mendapati tiada sebarang unsur jenayah dikesan dan mayat mangsa yang dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat.

Tiada unsur jenayah dikesan pada mangsa dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

Artikel Berkaitan: