Muktamar Muslimat Pas bermula

Abdul Hadi (tengah) ketika hadir merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Muslimat Pas Kali Ke-59 di Bukit Gambang Resort City (BGRC) hari ini.
Abdul Hadi (tengah) ketika hadir merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Muslimat Pas Kali Ke-59 di Bukit Gambang Resort City (BGRC) hari ini.
A
A
A

KUANTAN - Muktamar Tahunan Dewan Muslimat Pas Kali Ke-59 bermula hari ini di Bukit Gambang Resort City (BGRC) di sini.

Persidangan yang dihadiri kira-kira 750 perwakilan itu akan dirasmikan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ketua Dewan Muslimat Pas, Nuridah Mohd. Salleh dijadual menyampaikan ucaptama pada jam 9 pagi diikuti pelancaran derma jihad dan persembahan montaj.

Selepas itu, Abdul Hadi akan menyampaikan ucapan perasmian Muktamar Tahunan Dewan Muslimat Pas Kali Ke-59 yang bertemakan ‘Islam Memimpin, Wanita Sejahtera’.

Majlis kemudian diteruskan dengan penyampaian anugerah khas.

Sidang muktamar dijadual bermula pada jam 12 tengah hari hingga 9 malam mengikut agenda yang telah diatur.

Sesi pengundian bagi pemilihan jawatankuasa Dewan Muslimat Pas berjalan serentak dengan sidang muktamar dan keputusannya dijangka diumumkan pada jam 8.30 malam ini.

Artikel Berkaitan: