Video khas Najib untuk menteri PH?

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jika selalunya bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkongsi penjelasan panjang lebar di Facebooknya, kali ini beliau memuat naik sebuah video.

Katanya, video yang memaparkan kereta membuat pusingan U (U-turn) itu ditujukan khas buat menteri-menteri PH.

“Menteri-menteri PH sekejap ini sekejap itu. Saya dah standby video khas untuk mereka.

“Tak perlu mohon share. Ambil dan guna saja. Banyak peluang kita boleh guna lagi,” katanya sinis.

Status Najib itu dipercayai merujuk kepada menteri-menteri PH yang sering membuat kenyataan berlainan atau U-turn.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Pekan itu beberapa kali membidas kenyataan pemimpin PH yang disifatkannya U-turn khususnya isu PTPTN dan SST.

Artikel Berkaitan: