Mangsa banjir di Membakut pindah ke pusat pemindahan sementara

Gambar arkib - Foto Bernama
Gambar arkib - Foto Bernama
A
A
A

KOTA KINABALU - Empat belas orang daripada lima keluarga yang merupakan mangsa banjir dari Daerah Kecil Membakut dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Menurut Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) Sabah dalam kenyataan malam ini, mereka terdiri lima dewasa, lapan kanak-kanak dan seorang bayi dipindahkan di PPS Dewan Serbaguna Membakut.

Kenyataan itu berkata sebanyak tujuh kampung di Membakut terjejas banjir iaitu di Kampung Lumantak, Baitam, Sinoko, Bambangan, Baru, Kayai dan Lampuas.

Menurut kenyataan itu, jalan raya utama di kampung terlibat masih boleh dilalui semua jenis kenderaan dan paras air sungai Membakut telah melepasi paras bahaya.

Selain APM, pemantauan banjir turut membabitkan anggota bomba dan penyelamat, polis, Pejabat Daerah Beaufort, Pejabat Kesihatan dan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am.- Bernama

Artikel Berkaitan: