X

Kindly register in order to view this article
!

Polis tahan Haziq Abdullah di KLIA

Haziq
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Lelaki yang mengaku sebagai individu dalam video seks dengan mengaitkan seorang menteri Kabinet, Haziq Abdullah Abdul Aziz ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, petang.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed yang mengesahkan perkara itu berkata, Haziq ditahan oleh pasukan siasatan khas Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

"Penahanan ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan tersebut.

“Bagaimanapun butiran lanjut mengenai penahanannya sedang dikemaskini dan akan dimaklumkan dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Setiausaha Sulit Timbalan Menteri buat dakwaan terlibat dalam klip video seks

Haziq yang merupakan Setiausaha Sulit Kanan kepada Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, sebelum ini mengaku beliau adalah individu di dalam rakaman video intim dan mendakwa ianya dirakam pada 11 Mei lalu di sebuah bilik hotel di Sandakan.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan ini...’ – Azmin

Bagaimanapun, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menafikan sekeras-kerasnya penglibatannya dalam sebuah video seks yang tular itu dan menyifatkannya sebagai satu tuduhan jahat dan kejam.

Timbalan Presiden PKR itu menegaskan, beliau yakin siri fitnah itu adalah komplot jahat untuk mencemarkan reputasi dan keperibadian serta menjatuhkan dan memusnahkan karier politiknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis buka kertas siasatan kes video seks tular

Terdahulu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka siasatan terhadap penyebaran video seks yang tular sejak beberapa hari ini.

Menurut Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador, siasatan berhubung penyebaran video terbabit sudah dibuka sebaik sahaja pihaknya menerima laporan polis dibuat beberapa individu.

ARTIKEL BERKAITAN: Siasatan video seks jadi keutamaan SKMM

Dalam pada itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) juga telah menyekat akses kemasukan ke sebuah portal yang memuat naik video lucah terbabit.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium