Wabak ILI: Tiada kes baharu

Datuk Dr Zainudin Mohd Ali
Datuk Dr Zainudin Mohd Ali
A
A
A

SEREMBAN – Tiada kes baru dikesan bagi wabak Influenza Like Illness (ILI) yang melibatkan 14 penghuni rumah kongsi di sebuah ladang tembikai di Kampung Kendong Baru di Kota, Rembau dekat sini.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNS), Datuk Dr Zainudin Mohd Ali berkata keadaan lima pesakit yang ditahan di Hospital Tampin sejak tiga hari lalu berada dalam keadaan stabil dan dilaporkan beransur baik.

“Tiada kes baru yang dimasukkan ke hospital, malah sembilan penghuni yang berada di tapak rumah kongsi di Kota, Rembau itu juga bertambah baik dan beransur pulih.

"Bagaimanapun pemantauan akan tetap diteruskan secara harian untuk mengawal dari semasa ke semasa membabitkan penyakit jangkitan saluran pernafasan ini," katanya di sini hari ini.

Semalam, Sinar Harian melaporkan seramai 14 orang asli yang juga penghuni rumah kongsi di kampung berkenaan positif ILI selepas pemeriksaan dilakukan pegawai Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan.

Bagaimanapun, Dr Zainudin menjelaskan gejala itu tiada kaitan dengan penularan wabak pneumonia membabitkan orang asli Bateq di Kuala Koh, Kelantan.

ARTIKEL BERKAITAN: Wabak ILI: Penduduk jangan panik

Artikel Berkaitan: