Pokok tumbang hempap dua kereta

Gambar dari kiri: Anggota bomba bertungkus-lumus memotong pokok tumbang dan membersihkan kawasan terbabit dalam kejadian ribut pagi tadi.<br>Kereta Perodua Kancil rosak teruk selepas dihempap pokok tumbang dalam kejadian berhampiran Masjid Kampung Pendamar, pagi tadi.
Gambar dari kiri: Anggota bomba bertungkus-lumus memotong pokok tumbang dan membersihkan kawasan terbabit dalam kejadian ribut pagi tadi.
Kereta Perodua Kancil rosak teruk selepas dihempap pokok tumbang dalam kejadian berhampiran Masjid Kampung Pendamar, pagi tadi.
A
A
A

PELABUHAN KLANG - Hujan lebat serta ribut menyebabkan pokok tumbang menghempap dua kereta selain menghalang laluan dalam kejadian berhampiran Masjid Kampung Pendamar, pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd Naim Mohd Nasir berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 11.41 pagi berhubung kejadian itu.

“Sembilan anggota termasuk seorang pegawai operasi dikerahkan ke lokasi kejadian bagi mengalihkan pokok berkenaan.

“Sebaik tiba, anggota mendapati pokok tumbang dan menghempap dua kereta diletakkan berhampiran kawasan terbabit. Sebuah kereta Perodua Kancil rosak teruk manakala sebuah kereta Proton Iswara hanya mengalami kerosakan kecil.

“Malah, kejadian itu menyebabkan laluan di lokasi terbabit terhalang,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata, pihaknya mengambil masa 40 minit untuk memotong pokok dan membersihkan kawasan berkenaan.

“Bagaimanapun kejadian itu tidak membabitkan mangsa," katanya.

Katanya, orang ramai diingatkan supaya berhati-hati kerana keadaan cuaca yang tidak menentu selain angin kencang yang mengakibatkan banyak kes pokok tumbang.

Artikel Berkaitan: