Rona neon simbolik musim bunga, panas

PERMAINAN warna neon dan pastel pada koleksi kasut Puma x Sophia Webster menggamit memori zaman 1980-an.
PERMAINAN warna neon dan pastel pada koleksi kasut Puma x Sophia Webster menggamit memori zaman 1980-an.
A
A
A

KOLABORASI jenama sukan Puma bersama pereka kasut kelahiran British, Sophia Webster menyerikan musim bunga dan panas tahun 2019. Mereka antara lain menampilkan koleksi kasut wanita dan kanak-kanak dengan rekaan yang lebih segar.

Mengambil inspirasi pakaian senaman dan seni tari zaman 1980-an, koleksi Puma x Sophia Webster mencerminkan kecenderungan dan perspektif Sophia terhadap gaya feminin tanpa berpenghujung.

Pereka yang merupakan graduan lulusan Universiti of the Arts London menggunakan gaya ikoniknya dengan mengubah koleksi sepatu ilham daripada aktiviti sukan termasuk menggunakan logo baharu, cetakan tebal dan teknik warna-warni neon blocks.

Menerusi gabungan neon dan pastel, kasut Puma klasik yang sesuai digayakan sepanjang musim bunga dan panas itu tampak segar dan funky apatah lagi mendapat sentuhan olahan rekaan baharu.

Berikut ialah tiga koleksi yang boleh dipertimbangkan dalam senarai pembelian anda:

Cali Sophia Webster

Diinspirasikan daripada kasut sukan gelanggang. Koleksi itu direka dengan perincian kilauan menyeluruh di bahagian atas dan lapisan mesh berona yang menyerlahkan penampilan gaya jalanan menarik kepada si pemakai.

Artikel Berkaitan:

Sesuai disarungkan pencinta stail gaya berani, sepatu Cali Sophia Webster juga dilengkapi bahan kulit di bahagian depan manakala tumit kasut berkilauan.

Sisipan tapak getah yang tebal dan penambahan rekaan unik di bahagian hadapan dan belakang kasut memberikan sisi stailo.

Thunder Sophia Webster

Kasut Thunder pula ialah silo yang mengetengahkan gaya rekaan yang lebih progresif dengan penggunaan bahan neoprena berkilat di bahagian hadapan dan tenunan menyerupai stoking di pergelangan kaki.

Trim tali rentas di bahagian atas ke sisi kasut mengambil inspirasi daripada corak barok. Tapak tebal koleksi Thunder direka semula oleh Sophia dengan menggunakan warna neon untuk gaya colour block dan nuansa metalik di tumit.

Basket Sophia Webster

Bagi kasut Basket Sophia Webster, ia direka dengan lapisan berkilau, corak garisan bersahaja dan bahagian tali yang serba putih.

Sementara itu, koleksi Muse Sophia Webster pula menerapkan logo Puma bercorak sulaman, strap pada tumit dan hiasan flora melengkapi bahagian sisi.

KASUT Thunder ideal digayakan kanak-kanak ketika bersantai mahupun bersukan.
KASUT Thunder ideal digayakan kanak-kanak ketika bersantai mahupun bersukan.