Setiausaha politik Azmin pula buat laporan polis, nafi ugut Haziq

A
A

KUALA LUMPUR - Setiausaha Politik kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Muhammad Hilman Idham membuat laporan polis untuk menafikan dakwaan dirinya melakukan ugutan ke atas Haziq Abdullah Abdul Aziz.

Laporan itu dibuat susulan laporan awal polis yang dibuat Haziq semalam selepas mendakwa bimbang mengenai keselamatan dirinya ekoran satu pertemuan mereka pada 11 Jun lalu di Zest Coffee House, Marriot Hotel, Putrajaya.

Kata Hilman, beliau membuat laporan polis di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya pada jam 12.30 hari tadi.

"Pertemuan saya dan Haziq adalah atas kapasiti peribadi tanpa pengetahuan mana-mana pihak termasuk menteri.

"Justeru, saya ingin menafikan sekeras-kerasnya laporan tersebut dan ingin menegaskan bahawa tuduhan ancaman keselamatan tersebut adalah palsu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN

Giliran Haziq buat laporan polis

Setiausaha politik Azmin buat laporan qazaf

Mengulas lanjut, Muhammad Hilman berkata, dalam pertemuan tersebut, Haziq menyatakan dia adalah mangsa permainan politik kotor.

"Saya kemudian meminta beliau bersabar. Malah, saya menasihatkan beliau bahawa dalam menghadapi fitnah begini, keluarga adalah elemen penting yang harus dipelihara perasaan dan maruahnya," katanya.