Makanan perlu dielak sepanjang hamil

Sushi, salah satu makanan yang perlu dielak sepanjang hamil.
Sushi, salah satu makanan yang perlu dielak sepanjang hamil.
A
A
A

IBU hamil perlu menjaga pemakanan bagi memastikan bayi yang dikandung dalam keadaan sihat dan selamat. Memetik laporan The Guardian, ibu hamil perlu mengelak daripada mengambil 10 makanan sepanjang berbadan dua;

1) Daging mentah

Elak menjamah hidangan daging, tidak kira ia mentah atau separuh masak kerana mempunyai bakteria Toxoplasma. Pastikan si ibu makan daging yang dimasak sepenuhnya kerana ia boleh menambah sel darah merah dalam badan.

2) Sushi

Ia mempunyai bakteria parasit yang merbahaya. Sememangnya, wanita hamil digalakkan mengambil ikan dan makanan laut tetapi perlu dimasak dengan sempurna agar sumber protein dapat disalurkan dalam kandungan.

3) Keju

Pembuatan keju adalah daripada susu yang tidak dipasteur, pengambilan keju kepada ibu mengandung akan menyebabkan pembiakan bakteria, begitu juga produk tenusu mentah..

4) Minuman berkafien

Artikel Berkaitan:

Hadkan pengambilan kafien dalam kadar yang minimum. Pengambilan kafien yang berlebihan mampu menjejaskan berat badan bayi yang akan lahir. Ia juga boleh meningkatkan risiko keguguran.

5) Tiramisu

Kebanyakan pencuci mulut dan manisan mengandungi telur mentah, jika boleh elakkan pengambilan makanan yang diperbuat menggunakan telur mentah yang tidak dipasteur.

6) Hidangan ketam

Walaupun ketam kaya dengan sumber kalsium dan boleh menguatkan tulang bayi, tetapi kandungan kolesterol dalam ketam terlalu tinggi boleh menyebabkan pengecutam rahim si ibu. Ia boleh meningkatkan risiko keguguran.

7) Taugeh mentah

Bakteria yang ada pada taugeh akan membiak sekiranya tidak dibersihkan dengan betul, elakkan mengambil taugeh.

8) Makanan dalam polisterin

Jangan bungkus makanan dari kedai menggunakan polisterin kerana suhu panas akan menyebabkan bakteria cepat membiak dan menjadi racun kepada si ibu. Ia juga menjejaskan kesihatan anak yang bakal lahir.

9) Kekacang

Jika ahli keluarga si ibu mengalami alahan kekacang sila elakkan pengambilan yang berlebihan kerana ia akan menyebabkan kesan pada kulit bayi kelak.

10) Hati ayam atau lembu

Pengambilan hidangan ini meningkatkan risiko keguguran lebih-lebih lagi pada awal kehamilan.

#Jadi, elakkan pengambilan makanan ini bagi menjamin kesihatan anda dan bayi yang bakal lahir.