Cadang wajibkan subjek tiga bahasa utama di setiap sekolah

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KEWUJUDAN sekolah vernakular hebat diperkatakan dewasa ini.

Namun, sejak 60 tahun lalu isu tersebut dilihat gagal ditangani dengan baik malah sekolah vernakular masih lagi kekal dalam sistem pendidikan negara.

Kerajaan memerintah sama ada Barisan Nasional mahupun Pakatan Harapan dilihat masih tidak menemukan opsyen terbaik bagi mengatasi dilema tersebut.

Dalam masa sama, terdapat segelintir rakyat terus mendesak mahukan sistem berkenaan digantikan dengan satu aliran sahaja supaya bahasa Melayu dimartabatkan sebagai medium komunikasi utama di negara ini.

Selain itu, mereka juga beranggapan pelaksanaan sekolah satu aliran bukan sahaja membantu bukan Melayu menguasai bahasa Melayu dengan baik malah ia juga membantu mengeratkan perpaduan antara kaum.

Bagaimanapun, tiada persetujuan dicapai dalam isu ini kerana ada pihak yang merasakan pelaksanaan sistem berkenaan tidak menguntungkan mereka kerana terpaksa mengorbankan bahasa ibunda masing-masing.

Melihatkan keadaan yang cukup kompleks ini, kerajaan perlu mewujudkan satu kaedah yang memberi situasi menang-menang kepada semua pihak.

Mungkin mereka tidak perlu menutup sekolah vernakular, sebaliknya menjadikan bahasa utama tiga kaum di negara ini iaitu bahasa Melayu, Mandarin dan Tamil sebagai subjek wajib di sekolah masing-masing. Sebagai contoh, murid sekolah Tamil wajib mempelajari bahasa Mandarin selain bahasa Melayu dan Tamil manakala murid sekolah kebangsaan pula wajib mempelajari bahasa Tamil dan Mandarin selain bahasa Melayu.

Artikel Berkaitan:

Perkara yang sama juga perlu dilaksanakan ke atas sekolah-sekolah Cina dengan mewajibkan murid-muridnya mempelajari bahasa Tamil selain Mandarin dan Melayu.