X

Kindly register in order to view this article
!

Muzik video Temberang cecah 20 juta tontonan

Ayda Jebat
A
A

DON'T tell people your plans, show them results,” itu kata penyanyi Ayda Jebat pada satu hantaran di laman Instagramnya hari ini sempena meraikan kejayaan muzik video Temberang, single nyanyiannya yang kini telah mencecah lebih 20 juta tontonan di YouTube sejak dilancarkan pada 21 Disember lalu.

Dalam masa yang sama Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, 27, turut mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan dan pasukan yang terlibat dalam pembikinan muzik video terbabit.

“Celebrating 20 Million Views on Youtube! Congrats to my team and all. Thank you semua kaki #Temberang and next will be more garang, and extra and more fenifuuuu for you.. Excited! Ready?, ” tulisnya.

Muzik video Temberang telah diarahkan oleh Aaron Lee dan mengambil masa selama dua hari untuk disiapkan.

Semenjak awal dilancarkan, lagu ciptaan Ezra Kong dan Hael Husaini ini telah mendapat sambutan yang luar biasa daripada peminat-peminat penyanyi asal Melaka ini.

Malah rata-rata peminat Ayda juga meluahkan arsa tidak sabar untuk menantikan karya terbaharu penyanyi ini selepas Temberang.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!