Mayat pelajar dipercayai lemas ditemui

Mayat mangsa ditemui kira-kira jam 5.11 petang tadi.
Mayat mangsa ditemui kira-kira jam 5.11 petang tadi.
A
A
A

RAUB - Mayat seorang pelajar yang dipercayai lemas pada Selasa lalu di Sungai Jeram Besu di sini, ditemui hari ini.

Mangsa, Muhammad Muzzafar Shah Mohamad Rozi, 13, ditemui pada jam 5.11 petang tadi.

Ketua Polis daerah, Superintendan Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mayat mangsa ditemui kira-kira satu kilometer dari lokasi mangsa terjatuh pada hari kejadian.

Menurutnya, mangsa ditemui dalam keadaan terapung berdekatan dengan Lubuk Biara di sungai terbabit.

"Penemuan ini mengakhiri operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dilakukan sejak hari kejadian," katanya.

Sebelum ini pada 11 Jun lalu kira-kira jam 4.45 petang, mangsa yang juga seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sega bersama dua rakannya pergi ke pusat rekreasi tersebut untuk mengambil gambar.

Namun mangsa dilaporkan terjatuh ke dalam sungai itu dan gagal diselamatkan oleh dua rakannya.

Artikel Berkaitan: