Guna kaedah 10B bagi mengurangkan tekanan

Mendengar muzik yang menenangkan dapat mengurangkan tekanan.
Mendengar muzik yang menenangkan dapat mengurangkan tekanan.
A
A
A

SESIAPA sahaja boleh terdedah kepada tekanan tidak kira sama ada di tempat kerja mahupun di rumah. Tekanan ini berbahaya untuk kesihatan mental dan fizikal.

Ia benar-benar boleh mengganggu emosi. Sebenarnya ada cara bagaimana untuk mengurangkan tekanan yang dihadapi.

Andai boleh mengamalkan kaedah 10B sepertimana yang disarankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Pun begitu, kaedah ini boleh mengawal stres untuk jangka masa pendek sahaja. Anda sendiri kena bijak mengawal situasi dan menangani tekanan itu.

1) Bertenang

Setiap kali anda mengalami tekanan atau berasa ketegangan, bawalah bertenang. Ketenangan itu boleh membantu mengurangkan kitaran stres negatif pada peringkat permulaan.

2) Bernafas dengan dalam

Lakukan latihan pernafasan yang boleh meningkatkan pertukaran oksigen dan karbon dioksida dalam sel tubuh bagi mengurangkan ketegangan.

3) Berkata 'rilakslah'/ tak mengapa

Artikel Berkaitan:

Cuba katakan pada diri sendiri, saya ni stres, jadi kena rehat. Bawalah bersabar. Kata-kata ini sedikit sebanyak dapat menenangkan perasaan dan mengurangkan tekanan.

4) Beribadat

Sekiranya anda mengalami tekanan atau stres, maka lakukan ibadat seperti berzikir dan sembahyang mengikut kepercayaan masing-masing. Beribadat sebenarnya dapat memberi sokongan emosi dan boleh melegakan perasan seseorang.

5) Bercakap dengan seseorang

Anda perlu berkongsi perasaan dengan seseorang sama ada dengan ahli keluarga atau kawan-kawan rapat yang boleh dipercayai. Luahkanlah dan kongsi perasaan anda dengan mereka. Apabila anda berkongsi perasaan dengan orang lain, anda akan rasa lega dan ini dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi. Secara tidak langsung, anda dapat merasai masih ada orang yang sayang dan ambil berat tentang diri anda.

6) Berurut

Apabila anda stres, kebiasaannya otot-otot pada bahagian leher dan bahu akan menjadi tegang. Belajarlah cara urut leher dan bahu kerana urutan ini boleh melegakan tegangan otot dan melancarkan perjalanan darah. Urutan kaki juga boleh dilakukan bagi mengurangkan tekanan.

7) Berehat dan mendengar muzik

Apabila anda stres, ambil masa dengan mendengar alunan muzik yang lembut. Muzik dapat membantu mengurangkan denyutan jantung yang laju dan tubuh badan anda akan mula tenang. Bahkan pernafasan anda akan kembali normal. Ini membuat anda berasa tenang.

8) Beriadah

Luangkan sedikit masa anda untuk melakukan aktiviti di luar rumah sama ada bersama keluarga atau rakan-rakan. Lakukan aktiviti yang anda sukai. Beriadah dapat menenangkan fikiran dan membuat anda berasa gembira.

9) Bersenam

Bersenam boleh membantu mengurangkan ketegangan otot dan stres. Melalui bersenam, ia dapat meningkatkan pengeluaran hormon dan dorfin, sekali gus anda akan berasa lega dan tegang. Antara aktiviti senaman yang boleh anda lakukan ialah berjalan dan bersenam robik.

10) Berfikiran positif

Stres juga boleh berlaku disebabkan prasangka dan salah tafsir kita terhadap sesuatu situasi. Cubalah berfikiran secara positif dengan melihat kebaikan atau positif dalam mana-mana situasi yang bersifat negatif. Anda perlu berfikiran positif untuk meningkat harga diri sendiri. Pelajarilah cara berfikiran positif kerana ia akan dapat membantu anda menangani stres dengan lebih berkesan.