Ainul Mardhiah akan jalani pembedahan sumbing lelangit

Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin
Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin
A
A
A

LONDON - Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin yang genap 10 bulan semalam, yang turut menghadapi masalah sumbing lelangit (cleft palate) akan menjalani pembedahan membetulkan sumbing lelangit di sebuah hospital di London, United Kingdom.

Ayahnya, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak dalam Facebooknya menyatakan, anaknya memiliki sumbing lelangit sejak dilahirkan.

“Pembedahan untuk cleft palate ini mungkin akan dibuat selepas Ainul dapat berat badan yang sesuai antara enam kilogram (kg) hingga lapan kg,” katanya sewaktu menjawab soalan dikemukakan netizen di laman sosial media itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Mungkin esok Ainul akan dipindahkan ke wad: Bapa

Pada 10 Jun lalu, Ainul Mardhiah yang menghidap kanser ‘Germ Cell Tumour’ selamat dibedah di The Imperial College Healthcare NHS, London oleh sekumpulan doktor pakar pelbagai bidang bersama pelatih pakar bedah Malaysia, Dr Nur Amalina Che Bakri yang bertanggungjawab membawa bayi itu dan ibu bapanya ke London bagi mendapatkan rawatan.

Ahmad Safiuddin yang tiba di Kota London pada 25 Mei lalu berkata, dia tidak pasti berapa lama bayinya itu akan berada di London berikutan doktor di sana masih mahu memantau keadaan anak tunggalnya itu.

Menurutnya, selepas pembedahan bayinya dijangka melalui fasa belajar makan guna mulut.

"Ainul dijangka dipindahkan ke wad biasa esok (hari ini) jika keadaan kesihatannya semakin baik," katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: