PPZ terima bayaran zakat daripada 15 syarikat korporat

Che Mat (kiri) bersama Mujahid ketika menerima replikan bayaran zakat daripada syarikat-syarikat kepada Pusat Pungutan Zakat MAIWP pada Majlis Zakat Korporat 2019 di Bangi.
Che Mat (kiri) bersama Mujahid ketika menerima replikan bayaran zakat daripada syarikat-syarikat kepada Pusat Pungutan Zakat MAIWP pada Majlis Zakat Korporat 2019 di Bangi.
A
A
A

BANGI - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) melalui Pusat Pungutan Zakat menerima bayaran zakat perniagaan berjumlah RM26,081,973.57 daripada 15 buah syarikat korporat.

Antara syarikat yang menunaikan zakat perniagaan ini adalah Agro Bank, Amanah Hartanah Bumiputera, Bank Islam Malaysia Berhad, Bank Pembangunan Malaysia Berhad, Celcom Axiata Berhad, Co-op Bank Pertama(M) Berhad, Eiman Travel & Tours Sdn Bhd, Lembaga Tabung Haji dan beberapa syarikat lagi.

Pengerusi Pusat Pungutan Zakat MAIWP, Datuk Che Mat Che Ali berkata, penganjuran majlis zakat korporat 2019 ini bertujuan sebagai galakan kepada syarikat korporat lain untuk membayar zakat perniagaan mereka.

"Ribuan terima kasih kepada semua syarikat yang melaksanakan Rukun Islam ketiga ini sekali gus bagi memastikan lebih ramai golongan asnaf di Wilayah Persekutuan dapat dibantu.

"Sepanjang tempoh 2019, pihak PPZ MAIWP menyasarkan pembayaran zakat perniagaan daripada 3,000 syarikat korporat dengan kutipan sebanyak RM147 juta," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Zakat Korporat 2019 di Bangi hari ini.

Kesemua wakil syarikat korporat bergambar bersama Dr Mujahid.
Kesemua wakil syarikat korporat bergambar bersama Dr Mujahid.

Katanya, prestasi kutipan zakat harta bagi Januari sehingga Mei lalu mencatatkan peningkatan yang memberangsangkan.

Artikel Berkaitan:

"Bagi tahun ini sebanyak RM286,010,306.69 dicapai berbanding RM252,623,177.98 pada 2018.

"Sekali gus jumlah ini mencatatkan peningkatkan sebanyak 13 peratus, manakala bilangan pembayar pula seramai 159,163 pembayar berbanding 136,958 pembayar pada 2018, mencatatkan peningkatan sebanyak 16 peratus," katanya.

Menurutnya, syarikat yang membayar zakat akan dapat membina hubungan serta kepercayaan pengguna untuk terus setia dengan mereka.

Che Mat (kiri) bersama Mujahid ketika menerima replikan bayaran zakat daripada syarikat-syarikat kepada Pusat Pungutan Zakat MAIWP pada Majlis Zakat Korporat 2019 di Bangi.
Che Mat (kiri) bersama Mujahid ketika menerima replikan bayaran zakat daripada syarikat-syarikat kepada Pusat Pungutan Zakat MAIWP pada Majlis Zakat Korporat 2019 di Bangi.

"Ia bukan hanya melambangkan rasa syukur kepada rezeki perniagaan yang dikurniakan ALLAH kepada mereka, malah perniagaan mereka akan mendapat jaminan perlindungan daripada ALLAH terutama dalam suasana ketidaktentuan ekonomi sekarang.

"Di dalam dunia globalisasi, syarikat korporat bukan sahaja perlu bersaing untuk menyediakan perkhidmatan yang cekap dan kualiti produk yang baik tetapi juga perlu bersama menonjolkan sikap kepedulian terhadap mereka yang memerlukan melalui pengagihan kekayaan syarikat bagi membantu sosio ekonomi mereka," katanya.

Hadir merasmikan majlis ini adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.

Turut memeriahkan majlis ini adalah pelancaran buku Rahmat Sekalian Alam yang disempurnakan Mujahid.