11 kanak-kanak hilang sejak 2015

 Allaudeen Abdul Majid
Allaudeen Abdul Majid
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seramai 11 kanak-kanak dilaporkan hilang di negeri ini sepanjang tempoh 2015 hingga Mei lalu.

Timbalan Ketua Polis Terengganu, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, daripada jumlah tersebut, sembilan kanak-kanak berjaya ditemui semula manakala dua sahaja lagi kanak-kanak perempuan yang masih belum diketahui.

"Kesemua kes yang dilaporkan membabitkan kanak-kanak berusia 18 tahun dan ke bawah.

"Hasil siasatan ke atas kanak-kanak yang selamat kembali ke pangkuan keluarga masing-masing mendapati tiada melibatkan sebarang unsur atau elemen jenayah.

"Bagaimanapun, masyarakat khasnya ibu bapa dinasihatkan dapat memberi perhatian dan mengawasi anak-anak masing-masing agar tiada sebarang perkara tidak diingini berlaku," katanya dalam siaran media hari ini.

Artikel Berkaitan: