Bekas Guru Besar SK Cheneh Baru 2 dibebaskan

No Image Caption
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Bekas Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Cheneh Baru 2, Kemaman dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini atas pertuduhan salah guna wang zakat sebanyak RM5,000, empat tahun lalu.

Keputusan dibuat Hakim Jamaludin Mat selepas mendapati Zabidah Sulaiman, 59, tidak bersalah di akhir pembelaan kes membabitkan zakat sumbangan Ladang Rakyat Terengganu Sdn Bhd (Ladang Rakyat).

Zabidah didakwa menyalahgunakan wang zakat daripada Ladang Rakyat yang diterima dan sepatutnya disumbangkan kepada 100 murid sekolah berkenaan di bilik mesyuarat syarikat Ladang Rakyat di Kemaman pada 13 Julai 2015.

Dia didakwa mengemukakan borang akuan terima palsu kepada syarikat berkenaan berkaitan peruntukan sumbangan itu walhal wang zakat berkenaan tidak disalurkan kepada pelajar miskin sekolah tersebut.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Farah Yasmin Salleh mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih 20 tahun dan sebat dan boleh juga dikenakan denda, jika disabitkan kesalahan.

Zabidah yang diwakili peguam Masliela Ismail dan Ghazali Ismail sebelum ini mengaku tidak bersalah ketika didakwa pada 4 Januari tahun lalu dan dibenarkan diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin oleh Hakim Mohamad Haldar Abd Aziz.

Artikel Berkaitan: